Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) Taman_Botani_Negara_Shah_Alam

Pelawat berpeluang merasai suasana empat musim di RISEM. Terdapat 20 jenis tumbuhan import dari negara beriklim sederhana, ditanam dalam bangunan RISEM. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan:

  • Musim bunga - bulan Mac hingga Mei
  • Musim panas - bulan Jun hingga Ogos
  • Musim luruh - bulan September hingga November
  • Musim salji - bulan Disember hingga Februari

Sejak bencana ribut pada bulan Mac 2019, RISEM ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan